TUJUAN
1. Pelaksanaan
Guru Penyayang adalah bertujuan agar
guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.
KONSEP
2. Penyayang
membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati
orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang
adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian
(concern) terhadap setiap perkara
yang berkaitan dengan muridnya (every
child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap
mesra, mengambil berat, berbudi bahasa,
saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
3. Guru
penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan
aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai
kewujudannya dan disayangi setiap masa.
4.
Membudayakan
amalan penyayang merupakan sifat
profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan
masyarakat.
OBJEKTIF
5.
Objektif
Guru Penyayang;
5.1
Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
5.2
Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat
kepada sekolah.
5.3
Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada
sekolah.
5.4 Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan
masyarakat kepada
sekolah.
AKTIVITI
6.
Pelaksanaan
Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru. Ia akan
dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa.
Bagi fasa pertama pelaksanaannya,
guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut;
6.1
Mengalu-alukan
kehadiran murid
6.2
Pelaksanaan
Program Mentor Mentee
6.3
Memberi
penghargaan kepada murid