Meneroka Sains

Meneroka Sains

RPH


Rancangan Pengajaran Harian 

Mata Pelajaran                                    : Sains
Kelas                                                      : 6 UIA
Tarikh                                                     : 14.10.2012    Jumaat                                       
Masa                                                      : 11.20-11.50 (30 minit)
Bilangan murid                                    : 35 orang
Tajuk                                                      : Kepentingan Pengawetan Bahan Makanan
Objektif                                                  : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1.     Menyatakan kepentingan pengawetan makanan dalam  kehidupan.

Hasil pembelajaran                          
Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
Kognitif : Menguasai  isi kandungan
1.Menerangkan semula kepentingan pengawetan bahan makanan dalam kehidupan seharian.
Psikomotor: Membina kemahiran saintifik, kemahiran manipulatif
Mengumpul dan mentafsir maklumat tentang kepentingan pengawetan bahan makanan.
Afektif    : Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
1.Menanamkan sikap menghargai sumbangan sains dan teknologi dalam kehidupan.

Konsep                                                
1. Kaedah pengawetan menyumbang kepada kesejahteraan hidup dan penting dalam kehidupan manusia.

Bahan                                                   
Slaid power point, kad tugasan ,kertas majung, marker pen,
               
Pengetahuan Sedia Ada                  
Murid dapat melihat kepentingan pengawetan bahan makanan berdasarkan contoh-contoh bahan makanan yang telah melalui proses pengawetan yang boleh didapati di rumah, kedai dan juga dipersekitaran mereka.

                                 
Fasa
Isi Pelajaran
Aktiviti P & P
Catatan
Guru
Murid

Permulaan/
Mencungkil Idea

( 5 minit )



Situsai 1:
Sekiranya kamu dan rakan-rakan hendak mengadakan perkhemahan di dalam hutan selama seminggu, bentuk makanan yang bagaimanakah yang akan di bawa?

Situasi 2:
Bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara biasanya apakah bentuk keperluan makanan yang perlu dibawa?
1.Guru mengemukakan situasi permasalahan yang timbul.

2.Guru mengemukakan soalan.
a.Berdasarkan kedua-dua situasi permasalahan yang timbul, apakah perkaitan kepentingan pengawetan makan dalam menyelesaikan situasi masalah yang timbul ini?

3.Guru mengulas jawapan murid.

4.Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.
1.Murid mendengar situasi permasalahan yang dinyatakan oleh guru.

2.Murid memberi maklum balas terhadap soalan yang dikemukakan.

3.Murid memberikan idea untuk menyelesaikan situasi permasalahan yang timbul.
Bahan
Paparan situasi permasalahan


Nilai
-menghargai sumbangan sains dan teknologi

KBKK
-merumus
-mengumpul  
 maklumat


Menstruktur /
Menstruktur semula

10 minit




Aktiviti berkumpulan:

Perbincangan kepentingan pengawetan makanan.
















1.Guru mengarahkan murid untuk membentuk kumpulan.
2.Setiap kumpulan terdiri daripada 4-5 orang murid.

3.Guru  mengarahkan ketua kumpulan untuk mengambil bahan iaitu kertas majung dan marker pen.
4.Secara berkumpulan murid diminta membincangkan kepentingan pengawetan makanan dalam bentuk peta minda.

5.Guru memantau setiap kumpulan dalam menjalankan aktiviti.
6.Guru meminta ketua kumpulan membentangkan hasil perbincangan dihadapan
kelas.

1.Murid membentuk kumpulan.

2.Setiap kumpulan melantik ketua dan pencatat.

3.Ketua kumpulan mengambil bahan.

4.Setiap kumpulan membincangkan kepentingan pengawetan makanan dan menuliskan hasil perbincangan pada kertas majung dalam bentuk peta minda.

Bahan

Slaid power point kaedah pengawetan makanan.

Nilai
-menghargai sumbangan sains dan teknologi

KBKK
-merumus
-mengumpul maklumat


Strategi P&P
i.Perbincangan
ii.sumbangsaran

Aplikasi Idea

10 minit



Kepentingan Pengawetan Makanan:

a.Makanan tahan lebih lama.
b.Memudahkan penyimpanan makanan.
c.Mengurangkan pembaziran.
d.Penyediaan sumber makanan yang berterusan.
e.Memudahkan penghantaran makanan.
f.Tingkatkan nilai komersil
g.Makanan mudah dibawa kemana-mana.

(Rujuk lampiran)

1.Guru menayangkan slaid power point tentang kepentingan pengawetan bahan makanan.

2.Guru meminta setiap kumpulan membanding beza hasil perbincangan kumpulan mereka dengan slaid power point yang ditayangkan.

3.Guru mengulas hasil perbincangan setiap kumpulan.

4.Guru memperbetulkan miskonsepsi yang timbul.

3.Guru memberikan penghargaan kepada kumpulan yang memberikan hasil perbincangan yang hampir tepat.

1.Murid melihat dan meneliti tayangan slaid power point.

2.Setiap kumpulan membanding beza hasil perbincangan mereka dengan slaid power point yang ditayangkan oleh guru.

3.Murid mendengar ulasan guru.

4.Kumpulan yang memberikan hasil perbincangan yang agak tepat menerima penghargaan.

Bahan

Kad tugasan
Buah mangga
Larutan gula
Garam
Penapis
Balang kosong
Air masak
Pisau
Alas pemotong

Nilai
-menghargai sumbangan sains dan teknologi

KBKK
-Membanding beza
-Merumus
-Mengumpul maklumat

Refleksi/

Penutup

5 minit





Rumusan :
Kepentingan Pengawetan Bahan Makanan

1.Guru membimbing murid membuat rumusan pelajaran dengan mengajukan soalan yang mencapah.


1.Murid membuat rumusan tentang isi kandungan pelajaran yang dipelajari


Nilai
-menghargai sumbangan sains dan teknologi

2 comments: